Sambungan Berkenaan dengan MAHA2008 lagi…..

Assalamualaikum kepada semua peminat blog ini….

Sebelum itu saya mohon maaf kerana terlambat untuk mengemaskini blog ini oleh kerana kekangan masa. InsyaAllah pada kali ini saya akan sambung lagi dengan gambar2 yang terdapat di dalam koleksi saya semasa lawatan ke MAHA2008 yang lalu.

Terima kasih saya ucapkan kepada saudara/i sekelian kerana tanpa saudara/i semua yang datang melawat blog ini maka tidak meriahlah blog ini. Saya sudah cuba untuk memasukkan ‘SHOUTBOX’ dalam blog saya ni, tapi, ‘WordPress’ tidak membenarkan penggunaan HTML di dalam aplikasinya, jadi oleh itu kepada sesiapa yang nak menghantar mesej sila kelik pada ‘VIEW SHOUTBOX’ pada Sembang-sembang.

Saya akan memasukkan lagi gambar2 baka lembu yang sempat saya snap semasa di MAHA2008 yang lalu.

picture-164

Ini adalah baka lembu Devon. Lembu Devon berasal dari kawasan Devon utara England. Berwarna merah delima, jinak, subur dan tahan lasak. Berat jantan 700 – 1000 kg, betina 450 -600 kg.

picture-170

Ini adalah baka DroughtMaster hasil kacukan dari Baka Bos Taurus dan Baka Bos Indicus. Berwarna merah, tahan panas serta serangan parasit, tinggi kesuburan dan jinak. Berat dewasa 500 -700 kg.

picture-172

Ini adalah baka Nelore. Ia adalah lembu baka Zebu berasal dari Brazil. Ketahanan terhadap serangan parasit,kutu, mudah beranak dan mempunyai naluri keibuan yang tinggi. Berwarna putih atau kelabu. Berat jantan 450 – 650 kg. Berat betina 300 – 550 kg.

picture-175

Ini adalah baka lembu Local Indian Dairy. Merupakan baka tenusu Malaysia. Baka ini berasal dari kacukan baka Zebu. Baka LID boleh sesuaikan diri dengan cuaca di Malaysia. Biasanya baka ini diternak untuk susu dan daging. Berat dewasa 280 – 300 kg. Ketahanan kepada cuaca dan sumber makanan yang terhad. Tahan terhadap cacing, parasit, penyakit dan luka berulat. Pengeluaran susu 502 kg/laktasi.

Setakat ini dahulu cerita berkenaan dengan MAHA2008. Saya akan sambung semula pada episod yang akan datang.

Jika sekiranya terdapat komen atau cadangan sila email kepada saya di alamat myusri@hotmail.com. Sekiranya saudara/i ingin menggunakan ‘SHOUTBOX’ sila klik ‘View Shoutbox’ di bawah kolum ‘Sembang-sembang’.

Sekian terima kasih.

Wassalam.

One Response to “Sambungan Berkenaan dengan MAHA2008 lagi…..”

  1. forum Says:

    Sertai GEM Community secara percuma. Satu tapak untuk para Usahawan – usahawan berkongsi-kongsi maklumat dan pendapat (Forum, Blog,Direktori, Iklan Percuma DLL) dalam bidang yang yang ceburi seperti Pertanian, Ternakan DLL. http://www.gem.socialgo.com

Leave a comment