Sambung cerita MAHA 2008…

October 14, 2008

Assalamualaikum kepada semua peminat blog ini…..

Pada episod kali ini saya akan menceritakan kembali cerita berkenaan dengan MAHA 2008 yang mana walaupun lama telah berlalu tetapi kenangan pada waktu itu sentiasa bermain difikiran sesiapa sahaja yang telah pergi melawat ke lokasi tersebut.

Banyak juga gambar yang sempat saya rakamkan semasa saya pergi melawat MAHA 2008. Jadi pada kesempatan kali ini saya akan kongsikan event tersebut bersama-sama dengan saudara/i semua. Lokasi yang paling saya suka melawat sekali adalah berkenaan penternakan, saudara/i semua sedia maklum bahawa tujuan blog ini dibuat juga adalah berkenaan dengan penternakan, jadi sudah tentulah lawatan saya banyak bertumpu kepada penternakan. Sehinggakan pada sewaktu ketika saya kehilangan rakan2 yang pergi bersama saya ke MAHA 2008 kerana terlalu asyik merakamkan peristiwa ternakan ini.

Kawasan MAHA 2008 tersebut adalah sangat luas sehinggakan letih jugak kami ketika berjalan. Jadi tanpa membuang banyak waktu berceloteh dalam blog ini saya akan masukkan beberapa gambar yang telah saya ambil ketika berada di sana.

Gambar bangunan AgriBazaar. Indah sungguh, tersergam.

InsyaAllah one day I’ll have one at my farm….

Lembu rodeo terlekat dekat kandang besi… kelam kabut mat saleh dibuatnya…

Baka Limousin. Berat Jantan 1200 betina 700

Baka Hereford. Berat 500 – 750 kg

Baka Murray Grey. Jantan 1135 kg betina 700 kg.

Saya akan masukkan lagi gambar2 dalam koleksi saya ini. Jadi jangan lupa untuk datang melawat blog saya sekerap yang mungkin.

Jika sekiranya terdapat sebarang idea atau komen, sila email saya ke myusri@hotmail.com.

Wassalam.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

October 7, 2008

Assalamualaikum kepada semua peminat blog saya.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya kepada mukmin dan mukminat serta maaf zahir dan batin sekiranya terdapat kesalahan semasa menulis isi kandungan blog ini yang mana tidak terasa sekiranya berlaku kesilapan yang melukakan hati pembaca.

Pada kali ini saya menceritakan sedikit berkenaan dengan lawatan saya ke kandang kawan saya yang terletak di Kulim.

Kawan saya ini baru saja memulakan projek ternakan tenusu, yang mana terdapat lebih kurang 30 ekor lembu dara bunting yang akan melairkan anak tidak lama lagi.

Projek agak besar jugak sebab melibatkan kos yang tinggi iaitu beratus ribu jugak. Oleh kerana kandang dia sahaja sudah mencapai ratusan ribu ringgit dan juga lembu dara bunting yang mana kita jangkakan juga boleh menelan belanja yang besar. Tetapi itu semua kita ketepikan dahulu sebab cerita saya pada kali ini adalah berkisarkan keyakinan beliau yang begitu tinggi dalam projek tenusu ini.

Di sini saya masukkan gambar lembu2 beliau.

Ini adalah lembu jantan beliau yang masih muda.

Ini adalah gambar lembu2 dara beliau.

Ini juga gambar lembu2 dara.

Ini adalah gambar dalam kandang beliau.

Di harap gambar2 ini dapat memberi kepuasan kepada anda semua dan jangan lupa untuk terus melayari blog ini.

Jika ada sebarang komen atau cadangan jangan lupa email kepada saya myusri@hotmail.com.

Wassalam.

Lawatan ke MAHA 2008….

September 4, 2008

Assalamualaikum kepada semua peminat blog ini….

Pada kali ini saya hendak bercerita sedikit berkenaan dengan lawatan saya ke MAHA 2008 pada 19hb Ogos 2008. Saya pergi dengan 3 orang lagi rakan saya di mana kesemuanya adalah penternak. Kami bertolak selepas solat Jumaat dari Sungai Petani, Kedah dan sampai di tol Sungai Buluh pada awai pagi. Kami bermalam di tol Sungai Buluh dan selepas solat Subuh kamni bertolak ke MAHA 2008 dengan hati yang terlalu gumbira.

Memandangkan ini adalah kali pertama kami datang melawat MAHA 2008 jadi kami tak berapa familiar dengan jalan untuk ke MAHA 2008. Jadi sampai saja ke tol apa entah saya tak ingat terus saja saya tanya orang tol tuu, kemudian dia menunjukkan arah ke UPM, jadi kami terus saja menghala ke UPM dan akhirnya kami sampai juga ke MAHA 2008.

Fuhhhh kami berasa punya la bangga pasai sampai awai di situ di mana parking pun masih banyak kosong. Kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki saja ke tempat ternakan kami ingatkan dekat rupanya jauh jugak. Kami parking dekat dengan bangunan AgroBazaar sedangkan kawasan ternakan adalah terletak di sebelah pintu A…… pehhhhh penatnya berjalan tapi Alhamdulillah kami dapat melihat setiap pemandangan di situ dengan lebih jelas lagi dan setiap keindahan di situ saya snap gambar untuk koleksi saya.

So gambar yang akan saya masukkan di blog ini adalah gambar kami berjalan kaki. Nanti episod seterusnya saya akan masukkan gambar ternakan pulakk. Harap kawan2 semua berpuas hati.

Gambar ketika di parking lot. Begitu luas sekali.

Ini satu lagi pemandangan di tempat parking pada waktu pagi.

Di area sini laa kami parking kereta di mana ianya berdekatan dengan pintu bangunan AgroBazaar.

Saya harap saudara/i berpuas hati dengan paparan kali ini. Jangan lupa singgah selalu di blog ini kerana saya akan mengupdate secara berkala.

Jika ada sebarang idea dan kritikan sila email ke myusri@hotmail.com.

Wassalam.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak…

September 2, 2008

Assalamualaikum rakan penternak semuanya….. Di sini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak yang sentiasa dinanti oleh kita semua sebagai umat ISLAM. Sempena dengan bulan yang penuh kemuliaan ini saya mohon kemaafan jika terdapat salah silap yang saya lakukan kepada saudara/i semua yang melayari blog saya ini.

Saya mohon maaf kerana terlalu lama tidak mengemaskini blog ini, bukannya sebab dah terlibat dalam penternakan ini. Sebenarnya banyak sangat komitmen yang saya tanggung sehingga saya tidak sempat untuk membelek blog ini.

InsyaAllah, lepas ini saya akan mengemaskini blog saya secara berkala. Sudah terlalu banyak gambar2 dalam koleksi saya ini yang mana akan saya kongsikan dengan saudara/i semua.

Jika terdapat sebarang idea sila email kepada saya myusri@hotmail.com.

Wassalam.

Ini adalah lembu susu baka jersey yang terdapat di tapak ekspo MAHA 2008.

Sambung bab kandang lagi…

June 11, 2008

Assalamualaikum kepada peminat blog….

Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana mengambil masa yang terlalu untuk mengemaskini blog ini, disebabkan oleh perkara2 yang tidak dapat dielakkan. Pada kali ini juga saya akan menyambung kembali cerita berkenaan dengan pembinaan kandang lembu.

Pembinaan ini agak kelewatan dari tarikh yang dijangkakan disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, tetapi Alhamdulillah rasanya tidaklah difikirkan ianya terlalu menyimpang jauh dari masa yang ditetapkan iaitu ianya masih di dalam ruang masa yang saya tetapkan.

Untuk pengetahuan saudara/saudari sekelian untuk memulakan suatu projek ianya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi oleh kerana modal yang bakal kita belanjakan adalah besar oleh itu penelitian dan kajian yang amat rapi perlu dijalankan terlebih dahulu. Ikutlah kata orang tua2 Berakit2 ke hulu berenang2 ke tepian, bersakit2 dahulu bersenang2 kemudian… InsyaAllah semoga ada kebenarannya.

Oleh di sini saya akan masukkan serba sedikit gambar yang sempat saya ambil sewaktu balik kampung hari sebelumnya.

Sekiranya terdapat sebarang komen dan cadangan sila email kepada myusri@hotmail.com.

Sekian terima kasih.

Wassalam.

Gambar kandang dari tepi belum siap lagi…

Gambar rumah pekerja dari pandangan tepi…

InsyaAllah nanti saya akan masukkan gambar yang sudah hampir siap. Ini adalah gambar album.

 

Sambung Kandang Lembu…

May 29, 2008

Assalamualaikum semua rakan penternak…

Terima kasih kerana sudi melayari blog ini dan tidak jemu untuk membaca wadah2 yang dimasukkan di dalam blog ini.

Pada episod kali ini saya menyambung cerita saya pada minggu lepas, berkenaan dengan projek yang belum siap. Setiap minggu saya akan balik kampung untuk mengikuti perkembangan terkini setakat mana projek siap.

Alhamdulillah, projek hampir siap dah dalam 90%, dan InsyaAllah kalau tak dak aral melintang awai bulan Jun boleh la start tu pun kalau tak sangkut dengan perkara2 lain yang tidak dijangkakan.

So, di sini saya akan masukkan beberapa slot gambar yang sempat saya ambil semasa sesi lawatan ke tapak projek(sembang macam power padahal tak dak apa pun…).

Diharap semua rakan2 yang datang melayari blog ini terhibur dengan slot gambar kali ini. Sekiranya terdapat sebarang komen atau nukilan sila email kepada saya di myusri@hotmail.com.

Sekian terima kasih.

Wassalam

Gambar ketika tiang didirikan.

Gambar kawasan tapak kandang berdekatan dengan sungai.

Ini satu lagi view kawasan tapak yang dipilih.

Terima kasih. Wassalam.

Kandang Lembu…

May 18, 2008

Assalamualaikum kepada semua peminat blog ini…

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk melayari blog saya yang tidak seberapa ini. Sebelum ini saya hanya menceritakan berkenaan dengan rakan2 penternak yang lain dan tidak sempat untuk menceritakan berkenaan dengan projek saya.

Alhamdulillah, pada kali ini saya diberi kesempatan oleh ALLAH untuk menceritakan sedikit perkembangan projek saya yang tidak seberapa ini. Sebenarnya saya dalam peringkat membina sebuah kandang lembu yang kecil sahaja jika hendak dibandingkan dengan penternak2 lain yang telah berjaya.

Projek saya pada kali tidak dilakukan keseorangan tetapi berdua iaitu dikongsikan dengan seorang rakan saya. Projek saya pada mulanya dirancangkan akan bermula pada first quater of May tetapi terpaksa drag sehingga sekarang kerana kelewatan untuk menyiapkan kandang dan rumah pekerja.

Jadi di sini saya akn memasukkan beberapa keping gambar projek saya yang di dalam pembinaan.

InsyaAllah saya akan mengemaskini blog saya setiap masa untuk memberitahu keadaan semasa projek saya ini. So mai laa selalu melawat blog saya….

Ini adalah gambar awal pembinaan. Hanya lokasi yang terpilih sahaja dahulu dipilih.

Ini juga gambar yang sempat diambil semasa proses awalan.

Ini adalah satu lagi gambar lokasi kandang saya yang belum dibangunkan lagi.

Lokasi kandang adalah berdekatan dengan sungai, so mai laa sini kita mungai ikan……

Di harap dengan gambar2 itu tadi dalam memuaskan hati rakan2 semua. Sebarang komen dan cadangan sila email ke myusri@hotmail.com.

Sekian terima kasih. Wassalam.

Bersambung lagi dengan cerita di kandang En. Basri…

May 7, 2008

Assalamualaikum kepada semua peminat setia blog ini….

Pada pagi yang mulia saya akan menyambung kembali cerita pengalaman berada di kandang En. Basri yang terletak di Jalan Kuala Kedah tuu. Alhamdulillah, seperti yang saya ceritakan sebelum ini tempat tersebut memang nyaman sekali dengan tiupan angin yang mendayu2 dan membuai2 perasaan saya semasa di sana masih lagi bermain2 dibenak saya (fuhhh bermadah pujangga pulakkkk….). Sebenarnya kepada rakan2 semua, rupa2nya keadaan yang serupa juga berlaku kepada kambing cuma mereka berbeza dengan kita dari segi akal fikiran. Kambing juga memerlukan suasana yang nyaman untuk mereka hidup dan membiak.

Seperti yang berlaku di atas kandang En. Basri tu, kebanyakan kambing2 boernya sihat dan dapat melahirkan anak yang sihat. Kambing2 boernya juga membiak dengan cepat di mana dahulunya beliau bermula dengan beberapa ekor sahaja tetapi sekarang sudah menjangkau puluhan ekor di atas kandang tersebut…. Alhamdulillah.

Di sini saya berdoa agar beliau berjaya di masa2 akan datang, InsyaAllah.

Bersama dengan slot kali ini saya akan masukkan gambar2 kambing boer beliau yang terdapat di atas kandang.

Di harap peminat2 semua sudi2 lah melawat blog ini untuk mengetahui cerita2 terbaru berkenaan dengan sahabat2 penternak kita. Jika ada sebarang cadangan dan komen sila email kepada saya ke myusri@hotmail.com. Wassalam.

Kambing boer yang sedang makan….

Kambing boer bunting….

Kambing boer dara…

Di harap rakan peminat semua terhibur dengan paparan kali ini. Jangan lupa datang lah lagi. Terima kasih.

Kandang Kambing Basri di Kuala kedah…

April 30, 2008

Assalamualaikum kepada semua peminat blog ni…..

Kali ini saya menceritakan berkenaan dengan lawatan saya ke kandang kambing En. Basri di jalan Kuala Kedah. Perjalanan saya mengambil masa lebih kurang sejam jugak dari Sungai Petani.

En. Basri ni beliau seorang yang peramah dan layanan istimewa diberikan kepada saya dan kawan. Lokasi kandang kambing beliau juga amat menarik sekali iaitu bersebelahan dengan tali air, fuhhhh begitu nyaman sekali dengan angin yang sepoi2 bahasa… pehhhhh rasa macam nak duduk situ pulakk. Beliau tumpukan kepada baka boer sahaja, sebab pada beliau kambing boer ni senang dijaga dan on demand. Setiap orang ada pendapat masing2.

Kandang beliau begitu cantik sekali, dna terdapat banyak bilik2 yang diisi dengan ibu bunting, ibu dan anak kecik serta bapak pejantan. Suasana kandang yang nyaman dan sejuk menggalakkan lagi keadaan ceria di atas kandang tuu. Kandang beliau sentiasa dijaga rapi dan sentiasa dalam keadaan bersih dan dari itu kesihatan kambing jugak terjaga dengan baik. Kadar kelahiran di atas kandang juga tinggi, dan ini akan memberi pulangan yang lumayan kepada beliau.

Pada hari tersebut sempat juga saya mengambil gambar sekitar kandang beliau dan saya akan masukkan gambar tersebut pada episod kali ini. Di harap kepada semua peminat blog ini bergembira dan terhibur dengan gambar yang saya masukkan ini. Jika ada sebarang masalah atau cadangan sila email ke myusri@hotmail.com

Sekian dahulu pada kali ini, datang laa selalu ke blog ini untuk mengetahui perkembangan terkini berkenaan dengan penternakan di Malaysia. InsyaAllah.

Wassalam.

Boer Betina.

Boer betina sedang duduk rehat…

Ibu dan anak sedang berehat….

Gambar bilik2 kambing…

Sekian terima kasih.

Sambung dengan Kandang Hj Azmi Padang Temusu

April 21, 2008

Assalamualaikum semua ….

Pada pagi nii, saya akan sambung cerita berkenaan dengan kandang Hj. Azmi Padang Temusu. Kambing saanen dia bagi makan soya yang dia ambik dari kilang berdekatan, jadi ianya menjimatkan. Orang dia pun baik hati tidak kedekut ilmu jika sekiranya ada persoalan yang kita ragu2 yang perlu ditanya kepada beliau, dia akan memberi jawapan yang memuaskan hati kita. Alhamdulillah, berkat perwatakannya itu beliau berjaya dalam projek beliau.

Di sini saya akan masukkan beberapa gambar kambingnya di dalam blog saya ini. Diharap saudara2 penternak terhibur dengan gambar2 nukilan saya ini.

Jadi jangan lupa untuk melawat blog ini selalu, InsyaAllah anda akan sentiasa diupdate dengan cerita2 rakan penternak yang saya lawati.

Terima kasih. Wassalam.

Jika ada sebarang komen sila email saya di myusri@hotmail.com atau yahoo messenger serama_kedah

Gambar Ibu Saanen yang sarat bunting…

Gambar Ibu Toggenburg cross dan Ibu Saanen

Gambar Ibu Saanen dan anak