Kambing lagiiiii……

Assalamualaikum kepada para peminat blog myternak….

Sudah sebulan rasanya saya tidak mengemaskini blog ini kerana sibuk dengan kerja2 opis yang tak pernah susut sampai bila2….. tapi tak pa, walaupun kerja bertimbun2 tapi masa bersama dengan lembu dan kambing tetap diperuntukkan.

Apa cerita ni dengan penternak kita di luaq sana yang mana saya dengaq banyak yang tutup kandang pasai paa??? Adakah bidang ini tak dapat pulangan yang setimpal dengan usaha yang kita jalankan??? Jangan begitu wahai saudara2 ku sekelian yang sebenarnya ini adalah fardhu kifayah kepada kita semua untuk menjalankan bidang ini yang mana sebelum ini ianya hanya diceburi oleh bukan bumiputera.

Sebenarnya terdapat saudara penternak kita diluar sana yang telah pun menubuhkan konsortium, ini adalah perkara baik yang mana dapat memberi kerjasama yang erat kepada sesama penternak. Penternak yang menghadapi masalah dari segi teknikal perlulah dibantu oleh konsotium yang mana perlu.

Dari itu kita para penternak kecilan ini patut berusaha sesuatu untuk mengelakkan dari gagal. Kalau tidak penternak non-bumi akan mentertawakan kita sahaja. Bangunlah saudara2ku semua ingatlah bahawa sekali gagal bukannya untuk seluruh hidup kita gagal. Itu adalah ujian dari ALLAH S.W.T semata2.

Untuk menaikkan semangat saudara2 kembali saya akan memasukkan beberapa gambar terkini kambing2 saanen.

P3270025

Kambing saanen dok tengah makan

P3270035

Saanen dok tengah makan.

P3270015

Sekumpulan saanen di atas kandang.

Setakat ini dulu untuk kali ini. Sekali lagi saya sangat berharap agar saudara2 di luar sana agar dapat meneruskan perjuangan dalam bidang penternakan ini kerana ianya salah satu SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Sebarang idea atau kemushkilan sila email kepada myusri@hotmail.com.

Wassalam.

2 Responses to “Kambing lagiiiii……”

  1. abghalim Says:

    SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

  2. Abdullah Lazim Says:

    Assalamu’alaikum wrm wbh.,
    Seronok juga bila menjelajahi blog pasai kambing nie.apatah lagi bila nampak kambing-kambing yg sihat dan ceria. Dan sebagai penggemar susu kambing, tentulah lebih seronok kalau dapat merasai atau minum susu kambing segar terus dari ladang. bila lah agak nya empunyai kambing nak buat promosi minum susu kambing segar? hehehe….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: