Cerita pasal penternakan….

Assalamualaikum kawan2 semua…

Terlebih dahulu saya minta maaf kerana terlalu lama tak update blog nii, buat tak mau aktif tapi memang sibuk sungguh. Tapi jika terdapat masa terluang saya akan masukkan cerita terbaru untuk tatapan para peminat semua. Don’t go anywhere just stick on my blog.

Baru2 ni saya ada melawat kandang lembu kawan, dia tak mau bagi tau di mana pasai nak berahsia la tuu. Anyway, tak pa la biaq pi kat dia, tapi kali ni saya nak cerita balik sebab penternakan lembu susu yang dia buat. Bilangan lembu susu dia dalam lingkungan 20 ekor termasuk yang anak. Bila saya melawat kawasan kandang dia, aduhhhhhhh….. berasa nyaman sungguh sebab kawasan tersebut terletak di kawasan yang tinggi dan jauh dari jalan raya yang sibuk. Kawasan tersebut sentiasa berangin….. fuhhhhh… sepoi2 bahasa orang kampung saya kata macam tu laa…

Kawasan kandang dia dikelilingi oleh padang yang luas untuk ternakan dia meragut…. pehhhh macam kawasan New Zealand pulakk…. tapi rasanya kawasan dia lebih cantik lagi, so lepas ni cerita Lords Of The Rings episod seterusnya boleh dibuat penggambaran di kawasan ladang dia la kot.

Cerita pulak bab lembu2 dia nii, semuanya kelihatan  ceria2 sahaja. Tersengih2 semasa saya melawat mungkin nak habaq kat saya bahawa saya tuan baru depa kot (InsyaAllah)….. mana la tau ada rezeki nanti, ALLAH akan beri yang terbaik untuk saya. Lembu2 dia ada yang dok perah susu dan ada yang bunting besaq…. so memang lumayan la tuu…

So bagi kawan2 yang berminat dengan penternakan lembu susu ni, boleh laa… melawat ladang2 yang dah establish macam MYLADANG.COM(tunggu la kedatangan orang ramai En. Zam…..), LADANGULUYAM (Abg. Halim….. betoi dak Abg. Halim oiiiiii) dan ada lagi yang malu nak menonjolkan diri sebalik papan….

So, di sini saya masukkan beberapa keping gambar lembu2 susu yang sempat saya ambil.

p3050067.jpg

Lembu2 sedang berehat…..

p3050082.jpg

Sedang berehat di bawah pokok yang rimbun sedang melayan perasaan…

p3050078.jpg

Sedang meragut rumput yang segar di dalam kawasan berpagar….

Sekian dahulu kali ini, InsyaAllah pada episod akan datang saya akan masukkan lagi gambar2 yang terkini tempat2 yang saya telah lawati.

Terima kasih kepada semua.

Wassalam.

One Response to “Cerita pasal penternakan….”

  1. abghalim Says:

    Yusri…….apa yang betulnya.Ilmu Allah tu luas.Kita sama sama berkonsi.Kalau Allah nak tulis,malah gabungan langit dan bumi pun tak cukup.

    Ada member kata kat utara PKC murah…..nak tau ka?hahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: