Kambing kembali….

Assalamualaikum saudara/i sekelian…

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada saudara/i semua yang telah sudi melayari blog saya. Sudah sekian lama saya tidak bercerita tentang penternakan kambing. InsyaAllah pada hari ini saya akan menceritakan sedikit berkenaan dengan pelancaran kandang kambing besar yang telah saya ceritakan sebelum ini.

Pada 15 Disember 2007 yang lepas telah di adakan Majlis Perasmian Projek Kambing Baka Baik oleh YB Dato’ Seri Mohd Shariff di kandang tersebut. Pada hari tersebut ramai juga yang hadir termasuk Pengarah Pertanian, Pegawai Haiwan dan wakil dari pelbagai jabatan yang terlibat dengan pertanian.

Pada ucapan YB, ia ada menyebut bahawa kita mesti melibatkan diri dengan penternakan kerana ianya mendatangkan hasil yang lumayan. Sesiapa yang lepasan ijazah yang tiada pekerjaan lagi boleh melibatkan diri secara sepenuh masa dalam bidang ini. InsyaAllah jangan takut2 untuk melibatkan diri dalam bidang ternakan ini sebab kita sedia maklum bahawa permintaan yang tinggi pada daging kambing dan lembu di mana negara terpaksa mengimport daging2 dari negara2 luar. Oleh yang demikian jika kita berkesempatan untuk memulakan projek ini, sila bermula dengan yakin dan jangan lupa bertanya kepada orang2 yang berpengalaman dalam bidang ini. Jika terdapat sebarang kemusykilan jangan malu untuk bertanya kepada mereka yang telah berjaya, InsyaAllah mereka tidak akan membiarkan kita bersendirian dalam menjalani projek kita.

Dari itu saya menyeru kepada saudara/i yang terlalu berkeinginan untuk memulakan projek ini, jangan tunggu terlalu lama. Bermulalah dengan kecilan dahulu, InsyaAllah nescaya satu hari nanti anda juga akan berjaya seperti rakan2 kita yang lain.

Di sini saya akan memasukkan beberapa slot gambar yang sempat saya ambil semasa perasmian tersebut. Di harap saudara/i terhibur dengan gambar2 ini dan jika ada persoalan atau komen sila email kepada saya myusri@hotmail.com atau komen dalam blog ini. InsyaAllah saya akan menjawabnya.

Wassalam.

Perasmian…

Gambar YB bersama dengan pemilik kandang…..

Penyerahan cenderahati…

Penyerahan cenderahati…

Orang ramai…

Orang ramai yang hadir…

Gambar kambing..

Gambar kambing jamnapari….

Bapak kambing…

Gambar bapak kambing baka kandang tersebut…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: