Assalamualaikum semua….

Assalamualaikum semua….

Terima kasih kerana datang melawat www.myternak.wordpress.com. InsyaAllah lepas ni blog ni akan divert kepada www.myternak.com. Sebab terdapat penambahan dari segi forum dan sebagainya. Tapi tarikh tidak dapat ditentukan lagi kerana ianya perlu kepada kajian yang teliti dari segi maintenance dan database.

Hari ni seperti yang telah dijanjikan pada keluaran sebelum ni, saya akan keluarkan berita-berita terkini berkenaan dengan lawatan saya di myladang.com, yang telah saya lawati pada 23 November yang lalu. Sebelum itu saya meminta izin dari En. Zam untuk memperkenalkan myladang.com ke dalam blog saya.

Cerita berkenaan dengan myladang.com ni sangat lah bagus jika saudara2 semua berminat dalam menceburi bidang lembu tenusu ni, sebabnya ia jugak mendatangkan pendapatan yang lumayan. Sebelum ni kita banyak terdedah dengan projek penternakan kambing boer, tapi sekarang saya akan mendedahkan rahsia penternakan lembu tenusu dari kajian yang telah lakukan melalui pembelajaran dan mentelaah melalui internet dan bertanya dari orang2 yang telah dan sedang menjalani bidang tersebut. Alhamdulillah berkat dari ilmu yang saya kumpulkan saya juga telah mengikuti jejak langkah mereka.

Pada lawatan tersebut saya tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan En. Zam kerana pada hari tu beliau ada tugas yang tidak dapat dielakkan, tapi Alhamdulillah kedatangan saya ke situ disambut oleh Syah, orang yang memiliki banyak ilmu berkenaan dengan lembu tenusu nii. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Syah kerana sanggup meluangkan masa memberi penerangan kepada saya dengan tidak mengenal jemu melayan pertanyaan saya dan kawan2. Syah begitu arif tentang ilmu lembu tenusu nii, dia telah mengikuti kursus selama 3 tahun di Institut Haiwan Kluang berkenaan dengan tenusu. Jadi ilmunya sangat berguna untuk dikongsi bersama. Terima kasih sekali lagi Syah.

Di ladang tersebut saya begitu kagum melihat pengurusan ladang tersebut yang begitu sistematik dan mementingkan kualiti dan masa. Terdapat pekerja yang menguruskan ladang tersebut secara sepenuh masa. Persekitaran ladang tersebut dipenuhi oleh rumput napier yang panjang yang kehijauan. Rumput2 tersebut dijaga dengan rapi dan sentiasa ada orang yang menumpukan masa sepenuhnya ke atasnya. Ladang tersebut juga bersih dan tidak berbau di mana sistem salirannya sistematik di mana air basuhan kandang akan masuk ke dalam tempat yang dikhaskan. Banyak benda yang saya dapat dari lawatan tersebut dan saya bersyukur kerana dapat mempelajari ilmu penternakan tenusu dari Syah dan myladang.com khususnya.

Di sini saya masukkan beberapa gambar yang terdapat di sekitar lokasi myladang.com untuk tatapan para peminat blog ini. Di harap saudara2 semua mendapat gambaran secara kasar berkenaan dengan penternakan lembu tenusu.

myladang06.jpg

Gambar kandang dari hadapan.

Gambar kandang dari dekat…

Gambar kandang dari dekat.

Lagi gambar kandang…

Gambar kandang dari dekat.

Selepas ini akan ada lagi gambar2 dari ladang myladang.com. InsyaAllah jangan lupa untuk melawati blog ini selalu. Semoga terhibur hendaknya.

Wassalam.

One Response to “Assalamualaikum semua….”

  1. Pengurus Says:

    Terima kasih myternak, kerana mengutarakan rencana mengenai lawatan anda di LadangWarisan. Untuk pengetahuan saudara, dimyladang.com terdapat banyak gambar dan video klip yang boleh diambil dan dipost kedalam blog ini. Kami ucapkan ribuan terima kasih kerana ulasan yang diberi dapat membantu penternak lain yang ingin menceburi bidang ini dengan jayanya serta link yang diberikan. ~Pengurus, IMZ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: