Kandang kambing En. Azmi di Padang Temusu.

April 14, 2008 by myternak

Assalamualaikum semua para peminat myternak.wordpress.com

Di harap semuanya sihat hendaknya. Pada kali ini saya akan menceritakan tentang kawan saya bernama Azmi yang mempunyai kandang kambing di Padang Temusu. Bercerita tentang Azmi ni, beliau menternak kambing jenis saanen dan toggenburg. Dari perbualan saya dengan beliau, Alhamdulillah, beliau telah pergi menunai fardhu haji dengan hasil dari jualan susu kambing.

Di samping itu juga yang paling menarik bagi saya ialah ternakan rusa beliau yang berjumlah 3 ekor. Walaupun masih baru dalam ternakan rusa nii, tapi sudah ada orang membuat tempahan kepada beliau.

Jadi di sini saya akan masukkan beberapa gambar rusa beliau untuk tatapan para peminat semua. Di harap semuanya terhibur dengan gambar yang akan saya paparkan ini.

Terima kasih.

Wassalam.

Gambar rusa jantan.

Gambar rusa sedang berehat.

Gambar rusa betina.

Diharap para peminat terhibur. Jangan lupa datang mengunjung selalu blog ini untuk dapat info terbaru.

Gambar update kambing2 …

April 3, 2008 by myternak

Assalamualaikum sahabat2 penternak sekelian…

Hari saya akan memasukkan lagi gambar2 kambing yang sempat saya ambil tempoh hari di atas kandang. Oleh itu diharapkan anda semua terhibur.

Bapak jamnapari

Bapak jamnapari

Bapak Boer…

Bapak boer

Jamnapari..

Kambing jamnapari….

Diharap anda semua terhibur dengan gambar2 ini. Don’t forget to come here always, to get some good news.

Wassalam.

Cerita pasal kambing pulak…

March 31, 2008 by myternak

Assalamualaikum sahabat2 penternak semua….

Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada peminat2 yang sudi melawat blog saya ini. Pada episod kali ini saya akan menceritakan berkenaan dengan kambing pulak.

Pada petang tadi, saya sempat balik kampung dan melawat kambing2 saya yang mana dah beberapa minggu saya tidak melawat sebab sibuk dengan kerja di pejabat dan juga kelas pengajian yang sedang saya ikuti setiap hari Sabtu. Oleh kerana terlalu rindu dekat kambing2 ini, telah mengujakan saya untuk balik kampung walaupun sedetik untuk saya puaskan hati saya yang rindu pada kambing2 saya nii.

Saya akan masukkan beberapa gambar kambing2 saya yang telah saya ambil pada petang tadi. Saya harap sahabat2 semua teribur dengan gambar kambing2 saya ini. InsyaAllah…

kambing mengawan…

Sapa kata bapak jamnapari tak boleh panjat ibu kampung…. tu gambaq sebagai evidence…

Bapak saanen…

Bapak saanen.. sekarang dah besar dan dijadikan bapak baka..

Ibu jamnapariii…

Ibu jamnapari yang ada atas kandang…

Anglo cross..

Ibu anglo cross yang ada atas kandang…

Di harap sahabat2 semua terhibur dengan gambar2 yang saya uploadkan ke dalam blog saya ini. Oleh itu datanglah melawat ke blog saya selalu, kerana ianya menjanjikan perkara yang terbaru yang akan anda semua lihat. InsyaAllah.

Terima kasih.

Wassalam.

Sambung berkenaan dengan lembu susu…

March 25, 2008 by myternak

Assalamualaikum sahabat semua….

Hari ini saya akan mencerita lagi berkenaan dengan lembu susu yang saya lawati hari tuu. Sebenarnya kawan2 menternak lembu susu nii, adalah satu perkara baru bagi penternak2 bumiputera macam kita. Sedangkan bangsa lain terutamanya India telah lama berkecimpung dalam projek tenusu ini. Pulangannya juga adalah amat memberangsangkan, tapi biasa laa kalau nak invest dalam projek tenusu nii, ia memerlukan modal yang agak besar. Di samping itu juga, penjagaan lembu susu nii berlainan dari lembu2 biasa. Ia perlu dimandikan untuk kebersihan sebelum susu diperah. Kalau hendak maklumat lebih lanjut sahabat boleh menghubungi saudara Abang Halim atau pun Ladang myladang untuk reference.

Untuk tidak membuang masa yang berharga saya akan masukkan lagi gambar2 lembu tenusu yang ada dalam koleksi saya.

Bapak baka…

Gambar bapak baka…

Induk …

Induk2 sedang berehat…

Anak2 lembu…

Anak2 lembu sedang menanti untuk menghisap susu…

Diharap semua sahabat2 rakan penternak terhibur dengan ruangan kali ini. InsyaAllah di lain masa saya akan update cerita2 terkini untuk diselitkan di dalam blog ini.

Oleh itu datang2 lah selalu ke dalam blog ini untuk mendapat info2 terkini berkenaan dengan penternakan dan pemeliharaan binatang kesayangan.

Terima kasih.

Wassalam.

Cerita pasal penternakan….

March 16, 2008 by myternak

Assalamualaikum kawan2 semua…

Terlebih dahulu saya minta maaf kerana terlalu lama tak update blog nii, buat tak mau aktif tapi memang sibuk sungguh. Tapi jika terdapat masa terluang saya akan masukkan cerita terbaru untuk tatapan para peminat semua. Don’t go anywhere just stick on my blog.

Baru2 ni saya ada melawat kandang lembu kawan, dia tak mau bagi tau di mana pasai nak berahsia la tuu. Anyway, tak pa la biaq pi kat dia, tapi kali ni saya nak cerita balik sebab penternakan lembu susu yang dia buat. Bilangan lembu susu dia dalam lingkungan 20 ekor termasuk yang anak. Bila saya melawat kawasan kandang dia, aduhhhhhhh….. berasa nyaman sungguh sebab kawasan tersebut terletak di kawasan yang tinggi dan jauh dari jalan raya yang sibuk. Kawasan tersebut sentiasa berangin….. fuhhhhh… sepoi2 bahasa orang kampung saya kata macam tu laa…

Kawasan kandang dia dikelilingi oleh padang yang luas untuk ternakan dia meragut…. pehhhh macam kawasan New Zealand pulakk…. tapi rasanya kawasan dia lebih cantik lagi, so lepas ni cerita Lords Of The Rings episod seterusnya boleh dibuat penggambaran di kawasan ladang dia la kot.

Cerita pulak bab lembu2 dia nii, semuanya kelihatan  ceria2 sahaja. Tersengih2 semasa saya melawat mungkin nak habaq kat saya bahawa saya tuan baru depa kot (InsyaAllah)….. mana la tau ada rezeki nanti, ALLAH akan beri yang terbaik untuk saya. Lembu2 dia ada yang dok perah susu dan ada yang bunting besaq…. so memang lumayan la tuu…

So bagi kawan2 yang berminat dengan penternakan lembu susu ni, boleh laa… melawat ladang2 yang dah establish macam MYLADANG.COM(tunggu la kedatangan orang ramai En. Zam…..), LADANGULUYAM (Abg. Halim….. betoi dak Abg. Halim oiiiiii) dan ada lagi yang malu nak menonjolkan diri sebalik papan….

So, di sini saya masukkan beberapa keping gambar lembu2 susu yang sempat saya ambil.

p3050067.jpg

Lembu2 sedang berehat…..

p3050082.jpg

Sedang berehat di bawah pokok yang rimbun sedang melayan perasaan…

p3050078.jpg

Sedang meragut rumput yang segar di dalam kawasan berpagar….

Sekian dahulu kali ini, InsyaAllah pada episod akan datang saya akan masukkan lagi gambar2 yang terkini tempat2 yang saya telah lawati.

Terima kasih kepada semua.

Wassalam.

Kambing ooo Kambing….

February 29, 2008 by myternak

Assalamualaikum semua sahabat handai dalam bidang penternakan…..

Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana terlalu lama tidak update blog ni atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. InsyaAllah dalam sehari dua nii, jika diizinkan Allah saya akan balik kampung dan ambil gambar kambing2 saya yang telah sekian lama saya tak jenguk sebab tak dan(orang Kedah kata…). Dengaq kata kambing2 tu semuanya gemuk, Alhamdulillah tapi yang tak seronoknya makanan kambing naik lagi sampai tak tau nak habaq… harap2 pihak yang berkenaan dapat ambik perhatian sebab nak mangundi dahhh.. jangan lupa kat kami para penternak niiii.

Ok para sahabat semua, InsyaAllah di keluaran akan datang saya akan masukkan gambar2 yang menarik dalam blog ini buat tatapan para penggemar semua.

Harap2 kerap2 la mengunjung blog niii.

Wassalam.

Jantan anglo nubian

Jantan Anglo Nubian

Betina anglo nubian

Betina Anglo nubian

SALAM MAAL HIJRAH 1429…

January 9, 2008 by myternak

maalhijrah.jpg 

Assalamualaikum saudara/i …..

Sempena menyambut tahun baru Maal Hijrah nii, tanamkan tekad dihati sanubari masing2, kuatkan amal ibadah dari biasa, perteguhkan akidah anda, lipat gandakan usaha anda, InsyaAllah anda akan berjaya di dunia dan akhirat.

Jangan lupa DOA AKHIR TAHUN dan DOA AKHIR TAHUN yang mana anda boleh dapati di dalam www.mydakwah.com. Jangan anda lupa untuk membacanya sesungguhnya fadhilat doa tersebut sangat besar sehinggakan syaitan dibinasakan oleh ALLAH.

Semoga kita semua berjaya dalam bidang masing2. Semoga ALLAH menambah rahmat kepada kita semua.

Wassalam.

Kambing kembali….

January 1, 2008 by myternak

Assalamualaikum saudara/i sekelian…

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada saudara/i semua yang telah sudi melayari blog saya. Sudah sekian lama saya tidak bercerita tentang penternakan kambing. InsyaAllah pada hari ini saya akan menceritakan sedikit berkenaan dengan pelancaran kandang kambing besar yang telah saya ceritakan sebelum ini.

Pada 15 Disember 2007 yang lepas telah di adakan Majlis Perasmian Projek Kambing Baka Baik oleh YB Dato’ Seri Mohd Shariff di kandang tersebut. Pada hari tersebut ramai juga yang hadir termasuk Pengarah Pertanian, Pegawai Haiwan dan wakil dari pelbagai jabatan yang terlibat dengan pertanian.

Pada ucapan YB, ia ada menyebut bahawa kita mesti melibatkan diri dengan penternakan kerana ianya mendatangkan hasil yang lumayan. Sesiapa yang lepasan ijazah yang tiada pekerjaan lagi boleh melibatkan diri secara sepenuh masa dalam bidang ini. InsyaAllah jangan takut2 untuk melibatkan diri dalam bidang ternakan ini sebab kita sedia maklum bahawa permintaan yang tinggi pada daging kambing dan lembu di mana negara terpaksa mengimport daging2 dari negara2 luar. Oleh yang demikian jika kita berkesempatan untuk memulakan projek ini, sila bermula dengan yakin dan jangan lupa bertanya kepada orang2 yang berpengalaman dalam bidang ini. Jika terdapat sebarang kemusykilan jangan malu untuk bertanya kepada mereka yang telah berjaya, InsyaAllah mereka tidak akan membiarkan kita bersendirian dalam menjalani projek kita.

Dari itu saya menyeru kepada saudara/i yang terlalu berkeinginan untuk memulakan projek ini, jangan tunggu terlalu lama. Bermulalah dengan kecilan dahulu, InsyaAllah nescaya satu hari nanti anda juga akan berjaya seperti rakan2 kita yang lain.

Di sini saya akan memasukkan beberapa slot gambar yang sempat saya ambil semasa perasmian tersebut. Di harap saudara/i terhibur dengan gambar2 ini dan jika ada persoalan atau komen sila email kepada saya myusri@hotmail.com atau komen dalam blog ini. InsyaAllah saya akan menjawabnya.

Wassalam.

Perasmian…

Gambar YB bersama dengan pemilik kandang…..

Penyerahan cenderahati…

Penyerahan cenderahati…

Orang ramai…

Orang ramai yang hadir…

Gambar kambing..

Gambar kambing jamnapari….

Bapak kambing…

Gambar bapak kambing baka kandang tersebut…

Lagi cerita tentang myladang.com….

December 26, 2007 by myternak

Assalamualaikum saudara/i….

Hari ini saya akan sambungkan lagi cerita berkenaan dengan myladang.com. Tempat ini memang sesuai untuk dilawati oleh penternak2 lembu tenusu untuk menambahkan pengetahuan dan ilmu yang berguna. Sekiranya ada masa, pergilah melawat ke kandang tersebut dan jangan lupa juga kandang Abg Sidek di Ladang Uluyam di mana kedua2nya adalah sangat sesuai untuk dilawati. Dan jika ada rezeki lebih dan berminat untuk memulakan projek lembu tenusu, boleh la membeli dari ladang2 tersebut. InsyaAllah hasrat anda akan tertunai.

Jadi hari ini saya akan memasukkan lagi gambar yang terdapat di myladang.com, yang mana saya snap gambar hari tuu.

Wassalam.

Lembu2 sedang makan…

Lembu2 sedang makan….

Lembu2 sedang makan rumpur….

Lembu2 sedang makan rumput….

Lembu2 sedang makan…

Lembu2 sedang makan dengan lahapnya….

Dengan ini diharapkan saudara/i terhibur dengan paparan pada kali ini. InsyaAllah saya akan mengupdate blog ini dengan kerap. Terima kasih sekali lagi dengan sokongan anda semua melayari blog saya.

Wassalam.

Lagi cerita berkenaan dengan myladang.com…….

December 18, 2007 by myternak

Assalamualaikum semua….

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada semua kerana sudi melapangkan masa untuk melayari blog saya ini. Hari ini saya akan sambung lagi cerita berkenaan dengan myladang.com, yang pada pendapat saya memang patut saudara/i lawati untuk mendapat pengalaman dari segi tenusu di samping melawati tempat2 lain seperti ladang Abang Sidek di Ulu Yam, Selangor. Di myladang.com saya begitu tertarik dengan cara pengurusan di situ yang mana, pihak pengurusan begitu menitik beratkan penanaman rumput napier yang begitu banyak dan terjaga serta sihat. Rumpun2nya menghijau saujana mata memandang. Ohh…. terasa bahagia apabila berada di sana. Banyak lokasi2 yang menarik untuk kita tatapi di myladang.com. Di samping itu juga layanan dari staf2 di sana juga begitu friendly. Terima kasih sekali lagi kepada En. Zam dan Syah kerana sudi menerima kunjungan kami di sana tempoh hari.

Di sini saya akan memasukkan lagi gambar2 menarik di myladang.com sebagai tatapan untuk saudara/i sekelian.

Terima kasih.

Wassalam.

Baka lembu jantan yang menang…

Ini adalah gambar baka lembu yang menang….

Kumpulan lembu jantan yang terpilih…

Baka lembu jantan yang terpilih diasingkan untuk pemantauan yang lebih rapi…

Lembu2 induk sedang makan…

Lembu2 induk sedang menghadap makanan yang enak (napier)…

Diharap saudara/i terhibur dengan gambar2 yang saya selitkan di dalam blog ini. Jika ada sebarang komen yang hendak dibuat, sila komen dalam Comments yang terdapat di dalam blog ini.