Assalamualaikum kepada semua peminat blog myternak.wordpress.com ini,
Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana sudah sekian lama tidak mengemaskini blog ini. Oleh itu pada kali ini dengan rasa rendah diri saya akan mencerita sedikit sebanyak berkenaan dengan cerita penternakan.
Pada kali ini saya akan memasukkan gambar ayam serama yang mana menjadi salah satu bidang penternakan yang boleh diceburi oleh semua lapisan masyarakat.
Ringkasnya ayam serama adalah sejenis ayam yang mana mampu dihasilkan hanya di Malaysia sahaja. Oleh itu dengan saya juga berharap agar ayam serama dijadikan ikon Malaysia satu hari nanti.
Di sini saya akan memasukkan beberapa gambar ayam serama yang sempat saya ambil dari beberapa web site ayam serama yang telah lama berada di internet.

Ini adalah gambar seekor ayam serama jantan yang gambarnya diambil di rumah kawan saya.

Ini adalah gambar ayam serama betina.

Ini juga adalah seekor serama jantan milik kawan saya.
Jika ada sebarang komen dan cadangan sila email kepada saya di myusri@hotmail.com.
Wassalam.






