Assalamualaikum kepada semua peminat blog ini….
Pada kali ini saya hendak bercerita sedikit berkenaan dengan lawatan saya ke MAHA 2008 pada 19hb Ogos 2008. Saya pergi dengan 3 orang lagi rakan saya di mana kesemuanya adalah penternak. Kami bertolak selepas solat Jumaat dari Sungai Petani, Kedah dan sampai di tol Sungai Buluh pada awai pagi. Kami bermalam di tol Sungai Buluh dan selepas solat Subuh kamni bertolak ke MAHA 2008 dengan hati yang terlalu gumbira.
Memandangkan ini adalah kali pertama kami datang melawat MAHA 2008 jadi kami tak berapa familiar dengan jalan untuk ke MAHA 2008. Jadi sampai saja ke tol apa entah saya tak ingat terus saja saya tanya orang tol tuu, kemudian dia menunjukkan arah ke UPM, jadi kami terus saja menghala ke UPM dan akhirnya kami sampai juga ke MAHA 2008.
Fuhhhh kami berasa punya la bangga pasai sampai awai di situ di mana parking pun masih banyak kosong. Kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki saja ke tempat ternakan kami ingatkan dekat rupanya jauh jugak. Kami parking dekat dengan bangunan AgroBazaar sedangkan kawasan ternakan adalah terletak di sebelah pintu A…… pehhhhh penatnya berjalan tapi Alhamdulillah kami dapat melihat setiap pemandangan di situ dengan lebih jelas lagi dan setiap keindahan di situ saya snap gambar untuk koleksi saya.
So gambar yang akan saya masukkan di blog ini adalah gambar kami berjalan kaki. Nanti episod seterusnya saya akan masukkan gambar ternakan pulakk. Harap kawan2 semua berpuas hati.
Gambar ketika di parking lot. Begitu luas sekali.
Ini satu lagi pemandangan di tempat parking pada waktu pagi.
Di area sini laa kami parking kereta di mana ianya berdekatan dengan pintu bangunan AgroBazaar.
Saya harap saudara/i berpuas hati dengan paparan kali ini. Jangan lupa singgah selalu di blog ini kerana saya akan mengupdate secara berkala.
Jika ada sebarang idea dan kritikan sila email ke myusri@hotmail.com.
Wassalam.



September 9, 2008 at 10:55 am |
perrrhhh…..penat betui tuu kalu bjln kaki. Takpa laaa pengalaman bagi kali petama. Lekaih2 masuk lak citer & foto masa kat MAHA… nanti basi lakkkk…lama sangat dok peram.
March 26, 2009 at 9:49 pm |
Salam…Saya membekal garam gunung untuk jilatan ternakan ke seluruh Malaysia dengan harga borong.Diimpot terus dari Pakistan.Call 0133914176