Blog Kembali Aktif……

May 11, 2009 by myternak

Assalamualaikum kepada semua peminat blog myternak.wordpress.com ini,

Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana sudah sekian lama tidak mengemaskini blog ini. Oleh itu pada kali ini dengan rasa rendah diri saya akan mencerita sedikit sebanyak berkenaan dengan cerita penternakan.

Pada kali ini saya akan memasukkan gambar ayam serama yang mana menjadi salah satu bidang penternakan yang boleh diceburi oleh semua lapisan masyarakat.

Ringkasnya ayam serama adalah sejenis ayam yang mana mampu dihasilkan hanya di Malaysia sahaja.  Oleh itu dengan saya juga berharap agar ayam serama dijadikan ikon Malaysia satu hari nanti.

Di sini saya akan memasukkan beberapa gambar ayam serama yang sempat saya ambil dari beberapa web site ayam serama yang telah lama berada di internet.

DSC00103

Ini adalah gambar seekor ayam serama jantan yang gambarnya diambil di rumah kawan saya.

DSC00104

Ini adalah gambar ayam serama betina.

seramaHaizal1

Ini juga adalah seekor serama jantan milik kawan saya.

Jika ada sebarang komen dan cadangan sila email kepada saya di myusri@hotmail.com.

Wassalam.

Cerita pasal MAHA2008 lagi…

February 25, 2009 by myternak

Assalamualaikum kepada semua peminat setia blog myternak ini.

Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana tidak update blog ini hampir sebulan oleh kerana ada tugas yang perlu diselesaikan. InsyaAllah, pada kali ini saya akan memasukkan koleksi gambar yang terdapat pada saya.

Saya sangat berharap kepada saudara/i sekelian supaya jangan jemu untuk masuk ke blog saya dan jika ada sebarang komen atau cadangan sila email kepada saya di myusri@hotmail.com.

Tanpa membuang masa yang panjang saya akan memasukkan gambar2 yang belum saudara/i lihat di dalam blog ini.

picture-2001

Salah satu booth yang dibuka di MAHA2008.

picture-201

Salah seekor lembu jantan yang menang salah satu kategori yang dipertandingkan di MAHA2008.

picture-204

Ini juga salah satu lembu jantan yang dipertandingkan.

picture-205

Ini juga lembu jantan baka Charolais.

picture-208

Ini juga salah satu lembu jantan Charolais.

Diharap saudara/i terhibur dengan paparan gambar2 di atas. Jika ada sebarang cadangan atau ilmu yang hendak dikongsikan sila email saya seperti alamat di atas.

Wassalam.

MAHA2008 lagi…

January 15, 2009 by myternak

Assalamualaikum kepada para peminat blog ini,

Terlebih dahulu eloklah kiranya kita dapat membaca doa untuk keselamatan saudara2 kita yang sedang berjuang di Palestine. Semoga Allah memberi kemenangan kepada mereka, sesungguhnya senjata orang Mukmin adalah dengan berdoa.

Pada kali ini saya akan menyambung lagi cerita berkenaan dengan MAHA2008 yang mana masih banyak lagi koleksi gambar yang terdapat di dalam simpanan saya.

Saya juga berterima kasih kepada saudara2 yang ingin melawat kandang saya yang tak seberapa ni, InsyaAllah selepas ni saya akan masukkan gambar berkenaan dengan ternakan saya pulak.

Tanpa membuang masa dengan berceloteh panjang saya akan attach gambar  yang sempat saya snap di MAHA2008 tempoh hari.

picture-184

Ini adalah gambar koleksi terbaik baka pure jamnapari di dalam kandang.

 picture-185

Ini adalah gambar sepasang pure jamnapari.

picture-186

Ini adalah gambar bapak pure jamnapari.

picture-188

Ini adalah contoh kandang yang dibuat kecil tapi kemas.

Jika ada sebarang komen dan cadangan, sila email saya ke myusri@hotmail.com dan jika hendak menggunakan shoutbox ada di sebelah.  Jika sekiranya anda menggunakan yahoo messenger sila add serama_kedah.

Terima kasih.

Wassalam.

Sambungan cerita MAHA2008 lagi….

December 23, 2008 by myternak

Assalamualaikum…. kepada semua peminat blog myternak.

Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana tidak mengemaskini terlalu lama disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Pada kali ini, saya ingin menyambung lagi cerita berkenaan dengan MAHA2008 yang mana masih banyak lagi gambar2 yang terdapat di dalam koleksi saya yang belum lagi saya paparkan.

Pada episod kali ini, saya akan memasukkan gambar2 berkenaan dengan kandang kambing contoh yang terdapat di MAHA2008.

picture-180

Ini adalah gambar kandang kambing yang nampak simple tapi kemas.

picture-181

Ini adalah gambar kandang dari dalam. Tempat makanan terletak kemas dan teratur.

picture-182

Kandang ini nampak rendah tetapi cantik senang untuk diselenggara.

picture-183

Ini pula adalah contoh plan kandang kambing. Jika anda ingin nak membina kandang kambing mengikut spesifikasi di atas sila guna plan ini.

Di harap saudara/i semuanya terhibur dengan gambar2 yang saya masukkan pada kali ini. Sebarang pertanyaan atau komen sila email kepada myusri@hotmail.com atau menggunakan SHOUTBOX di sebelah.

Sekian dahulu terima kasih.

Wassalam.

Sambungan Berkenaan dengan MAHA2008 lagi…..

November 27, 2008 by myternak

Assalamualaikum kepada semua peminat blog ini….

Sebelum itu saya mohon maaf kerana terlambat untuk mengemaskini blog ini oleh kerana kekangan masa. InsyaAllah pada kali ini saya akan sambung lagi dengan gambar2 yang terdapat di dalam koleksi saya semasa lawatan ke MAHA2008 yang lalu.

Terima kasih saya ucapkan kepada saudara/i sekelian kerana tanpa saudara/i semua yang datang melawat blog ini maka tidak meriahlah blog ini. Saya sudah cuba untuk memasukkan ‘SHOUTBOX’ dalam blog saya ni, tapi, ‘WordPress’ tidak membenarkan penggunaan HTML di dalam aplikasinya, jadi oleh itu kepada sesiapa yang nak menghantar mesej sila kelik pada ‘VIEW SHOUTBOX’ pada Sembang-sembang.

Saya akan memasukkan lagi gambar2 baka lembu yang sempat saya snap semasa di MAHA2008 yang lalu.

picture-164

Ini adalah baka lembu Devon. Lembu Devon berasal dari kawasan Devon utara England. Berwarna merah delima, jinak, subur dan tahan lasak. Berat jantan 700 – 1000 kg, betina 450 -600 kg.

picture-170

Ini adalah baka DroughtMaster hasil kacukan dari Baka Bos Taurus dan Baka Bos Indicus. Berwarna merah, tahan panas serta serangan parasit, tinggi kesuburan dan jinak. Berat dewasa 500 -700 kg.

picture-172

Ini adalah baka Nelore. Ia adalah lembu baka Zebu berasal dari Brazil. Ketahanan terhadap serangan parasit,kutu, mudah beranak dan mempunyai naluri keibuan yang tinggi. Berwarna putih atau kelabu. Berat jantan 450 – 650 kg. Berat betina 300 – 550 kg.

picture-175

Ini adalah baka lembu Local Indian Dairy. Merupakan baka tenusu Malaysia. Baka ini berasal dari kacukan baka Zebu. Baka LID boleh sesuaikan diri dengan cuaca di Malaysia. Biasanya baka ini diternak untuk susu dan daging. Berat dewasa 280 – 300 kg. Ketahanan kepada cuaca dan sumber makanan yang terhad. Tahan terhadap cacing, parasit, penyakit dan luka berulat. Pengeluaran susu 502 kg/laktasi.

Setakat ini dahulu cerita berkenaan dengan MAHA2008. Saya akan sambung semula pada episod yang akan datang.

Jika sekiranya terdapat komen atau cadangan sila email kepada saya di alamat myusri@hotmail.com. Sekiranya saudara/i ingin menggunakan ‘SHOUTBOX’ sila klik ‘View Shoutbox’ di bawah kolum ‘Sembang-sembang’.

Sekian terima kasih.

Wassalam.

Sambung lagi cerita MAHA 2008…

November 12, 2008 by myternak

Assalamualaikum kepada semua peminat2 blog ini.

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada semua peminat2 yang sudi melawat blog saya ini. Pada episod kali ini, saya akan menceritakan dan memasukkan gambar2 yang saya ambil sewaktu pergi ke MAHA 2008 yang telah lepas. Oleh kerana terdapat banyak lagi gambar2 di dalam koleksi saya ni, saya akan masukkan berperingkat2 …. InsyaAllah.

picture-150

Ini adalah baka Kedah Kelantan

picture-152

Ini pulak baka Brakmas yang mana baka Brahman US di kacuk dengan baka Kedah Kelantan

picture-161

Ini adalah baka Sahiwal yang mana akan dikacukkan dengan Fresien untuk dijadikan Mafriwal.

picture-163

Ini adalah baka lembu Wagyu dari Jepun yang mana harga dagingnya sangat mahal.

Setakat ini dahulu cerita bab MAHA 2008, jika sekiranya terdapat sebarang komen dan cadangan sila email kepada myusri@hotmail.com.

Wassalam.

Sambung cerita MAHA 2008 lagi….

October 30, 2008 by myternak

Assalamualaikum kepada semua peminat blog myternak nii….

Pada kali ini saya akan menyambung lagi cerita MAHA 2008 sebab masih banyak lagi gambar2 yang terdapat dalam notebook ini tidak dipublishkan lagi. Harap2 jangan laa saudara/i semua merasakan berita ini sudah basi kerana MAHA 2008 sudah pun lama meninggalkan kita…. walaupun begitu kenangannya tetap segar di dalam ingatan saya lagi…

Di sini saya masukkan lagi gambar2 yang masih terdapat di dalam simpanan saya. Di harap semuanya terhibur dengan gambar2 ini.

Gambar lembu brahman putih.

Lembu Brahman baka merah.

Baka Nelore.

Baka Bali.

Sekian dulu pada kali ini. Sekiranya terdapat sebarang komen dan cadangan sila email ke myusri@hotmail.com.

Wassalam.

Sambungan MAHA 2008….

October 22, 2008 by myternak

Assalamualaikum kepada semua peminat blog myternak…..

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana anda semua tidak jemu2 untuk melayari blog saya yang tidak seberapa ini jika dibandingkan dengan blog2 yang lain.

Pada kali ini saya akan sambung lagi cerita berkenaan dengan MAHA 2008, tetapi ianya bukan berkenaan dengan cerita bahkan saya akan memasukkan gambar2 yang sempat saya ambil semasa lawatan saya ke sana dahulu.

Baka Charolais jantan 1200 kg betina 900 kg

Lagi gambar Charolais.

Baka Chianina jantan 1300kg betina 1000kg

Di harap saudara/i bergembira dengan gambar2 yang saya sertakan di dalam blog ini. Jika terdapat sebarang komen atau cadangan sila email kepada saya myusri@hotmail.com.

Wassalam.

Sambung cerita MAHA 2008…

October 14, 2008 by myternak

Assalamualaikum kepada semua peminat blog ini…..

Pada episod kali ini saya akan menceritakan kembali cerita berkenaan dengan MAHA 2008 yang mana walaupun lama telah berlalu tetapi kenangan pada waktu itu sentiasa bermain difikiran sesiapa sahaja yang telah pergi melawat ke lokasi tersebut.

Banyak juga gambar yang sempat saya rakamkan semasa saya pergi melawat MAHA 2008. Jadi pada kesempatan kali ini saya akan kongsikan event tersebut bersama-sama dengan saudara/i semua. Lokasi yang paling saya suka melawat sekali adalah berkenaan penternakan, saudara/i semua sedia maklum bahawa tujuan blog ini dibuat juga adalah berkenaan dengan penternakan, jadi sudah tentulah lawatan saya banyak bertumpu kepada penternakan. Sehinggakan pada sewaktu ketika saya kehilangan rakan2 yang pergi bersama saya ke MAHA 2008 kerana terlalu asyik merakamkan peristiwa ternakan ini.

Kawasan MAHA 2008 tersebut adalah sangat luas sehinggakan letih jugak kami ketika berjalan. Jadi tanpa membuang banyak waktu berceloteh dalam blog ini saya akan masukkan beberapa gambar yang telah saya ambil ketika berada di sana.

Gambar bangunan AgriBazaar. Indah sungguh, tersergam.

InsyaAllah one day I’ll have one at my farm….

Lembu rodeo terlekat dekat kandang besi… kelam kabut mat saleh dibuatnya…

Baka Limousin. Berat Jantan 1200 betina 700

Baka Hereford. Berat 500 – 750 kg

Baka Murray Grey. Jantan 1135 kg betina 700 kg.

Saya akan masukkan lagi gambar2 dalam koleksi saya ini. Jadi jangan lupa untuk datang melawat blog saya sekerap yang mungkin.

Jika sekiranya terdapat sebarang idea atau komen, sila email saya ke myusri@hotmail.com.

Wassalam.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

October 7, 2008 by myternak

Assalamualaikum kepada semua peminat blog saya.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya kepada mukmin dan mukminat serta maaf zahir dan batin sekiranya terdapat kesalahan semasa menulis isi kandungan blog ini yang mana tidak terasa sekiranya berlaku kesilapan yang melukakan hati pembaca.

Pada kali ini saya menceritakan sedikit berkenaan dengan lawatan saya ke kandang kawan saya yang terletak di Kulim.

Kawan saya ini baru saja memulakan projek ternakan tenusu, yang mana terdapat lebih kurang 30 ekor lembu dara bunting yang akan melairkan anak tidak lama lagi.

Projek agak besar jugak sebab melibatkan kos yang tinggi iaitu beratus ribu jugak. Oleh kerana kandang dia sahaja sudah mencapai ratusan ribu ringgit dan juga lembu dara bunting yang mana kita jangkakan juga boleh menelan belanja yang besar. Tetapi itu semua kita ketepikan dahulu sebab cerita saya pada kali ini adalah berkisarkan keyakinan beliau yang begitu tinggi dalam projek tenusu ini.

Di sini saya masukkan gambar lembu2 beliau.

Ini adalah lembu jantan beliau yang masih muda.

Ini adalah gambar lembu2 dara beliau.

Ini juga gambar lembu2 dara.

Ini adalah gambar dalam kandang beliau.

Di harap gambar2 ini dapat memberi kepuasan kepada anda semua dan jangan lupa untuk terus melayari blog ini.

Jika ada sebarang komen atau cadangan jangan lupa email kepada saya myusri@hotmail.com.

Wassalam.